Yatt Hamzah Kini Bergelar Janda

Ikatan perkahwinan pelakon Yatt Hamzah dengan Abdul Mutalib yang dibina sejak 29 Mac 2009 akhirnya terlerai semalam (25 Ogos).

 

Pasangan ini bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur secara tertutup sekitar jam 4.23 petang.

 

Memetik laporan BH online, hal itu disahkan sendiri Abdul Mutalib bagi bertujuan mengelak sebarang fitnah dan pandangan negatif masyarakat.

 

“Kami berpisah secara baik. Makluman ini dibuat bertujuan mengelak sebarang fitnah dan pandangan negatif masyarakat. Apa pun mohon teman media mendoakan yg terbaik buat kami berdua meneruskan kehidupan seperti biasa.

 

Sekian, terima kasih,” katanya.

 

Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan anak perempuan, Suci Hanania Malika Abdul Mutalib berusia lima tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.