Video: Penagih Dadah Mengamuk, Bakar Rumah Hampir Ditembak Polis

Sungai Buloh – Seorang anggota polis berjaya menenangkan seorang lelaki dipercayai penagih dadah yang mengamuk selepas membakar sebuah rumah kedai.

 

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengahari Selasa di Paya Jaras Sungai Buloh.

 

 

Suspek sebelum itu telah mencabar anggota polis supaya menembaknya ekoran dia tidak mahu digari dan dibawa ke balai.

 

Pemeriksaan lanjut ke premis yang sebahagiannya telah hangus itu kemudian menemui bungkusan dadah yang dipercayai milik suspek.

 

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Junaidi Bujang ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian tersebut.

 

Katanya, serbuk putih dipercayai dadah dan kini sedang dihantar ke makmal untuk pengesahan manakala suspek ditahan untuk siasatan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.