Video: Pemuda Maut, Motosikal Bergesel Dengan Kereta Di Lebuhraya DUKE

Kuala Lumpur – Seorang lelaki maut setelah motosikal yang ditungganginya bergesel dengan sebuah kereta.

 

Mangsa tercampak dan mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan maut di tempat kejadian.

 

Kemalangan berlaku pukul 8 malam tadi di KM 7.6 Lebuhraya Duta – Ulu Kkelang berhampiran susur Jalan Semarak.

 

 

Siasatan awal polis mendapati, kemalangan membabitkan motosikal mangsa dengan sebuah kereta jenis BMW.

 

Mangsa, Mohamad Aswan Mohamad Khairudin, 29 tahun berasal dari Kampung Datuk Keramat, tidak jauh dari tempat kejadian.

 

Suasana pilu menyelubungi lokasi kejadian apabila datuk dan nenek mangsa tiba selepas dimaklumkan ahli keluarga.

 

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.