Video: Lelaki Malaysia Pertama Selamat ‘Lahirkan’ Bayi Perempuan

Kuala Lumpur – Bukan suatu yang mudah untuk seorang lelaki melalui detik sebagai wanita, tambahan pula perlu merasai kesakitan ketika bersalin.

 

Namun, pengalaman manis bergelar wanita hamil berjaya dilalui penyampai radio Mix FM, Prem Shanker yang sekaligus menjadikan beliau lelaki pertama selamat ‘melahirkan’ seorang bayi.

 

Menerusi video yang dimuat naik stesen radio tersebut semalam, Prem dengan berani menyahut cabaran untuk merasai sendiri pengalaman sebagai wanita hamil dan seterusnya melahirkan bayinya dalam satu program yang dikendalikan stesen berkenaan.

 

 

Berdasarkan video berkenaan, Prem dilihat memakai pakaian khas kehamilan sebelum dibawa rakan sekerjanya, Aishah Sinclair ke Pusat Perubatan Sunway di Selangor.

 

Prem terpaksa mengharungi saat-saat kesukaran apabila mesin “Labour Pain Simulation” dipasang kepadanya untuk merasaikan kesakitan bersalin.

 

Ketika mesin tersebut digunakan, Prem kedengaran berkali-kali meraung kesakitan.

 

Bagaimanapun, detik mencemaskan itu berakhir apabila dia selamat melahirkan seorang bayi perempuan.

 

“Saya bangga dengan awak,” kata Aishah penuh emosi.

 

Sementara itu Prem mengakui bahawa kehidupan sebagai seorang wanita bukan suatu yang mudah.

 

“Ia merupakan satu perjalanan penuh dengan emosi. Ia amat seronok dan kita belajar banyak perkara.

 

“Dua minggu lepas saya berkata menerusi radio nasional bahawa kehidupan wanita amat mudah. Saya tarik balik kenyataan itu dan saya minta maaf,” kata Prem.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.