Video: Budak Tak Sengaja Rosakkan Lukisan Bernilai RM6.3juta

Taipei (Taiwan) – Seorang budak lelaki secara tidak sengaja merosakkan lukisan yang berharga AS$1.5 juta (RM6.3 juta) dalam sebuah pameran di sini.

 

Insiden yang dirakam melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kanak-kanak tersebut tidak dapat mengimbangi badannya ketika sedang berjalan melalui lukisan minyak abad ke-20 oleh Paola Porpora yang bertajuk ‘Flowers’ sehingga menyebabkan lukisan tersebut berlubang.

 

 

Memetik laporan Focus Taiwan, Andrea Rossi yang bertanggungjawab mengendalikan pameran tersebut berkata, dia pada mulanya agak terkejut dengan insiden tersebut namun tidak menyalahkan budak lelaki itu malah keluarganya juga tidak perlu untuk membayar ganti rugi kerosakan.

 

Sebaliknya, penganjur akan meminta syarikat insurans menampung kos untuk memulihkan lukisan tersebut.

 

Andrea kini berusaha untuk membaik pulih kerosakan sebelum menghantar kembali lukisan tersebut ke ke Itali.

 

Lukisan tersebut dipamerkan di  ‘The Face of Leonardo, Images of a Genius’ Leonardo da Vincci di Huashan 1914 Creative Park, Ahad lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.