TNB Beli Tenaga Tambahan Dengan JEP

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Bhd (TNB) hari ini menandatangani Perjanjian Beli Tenaga (PPA) Tambahan dengan Jimah East Power Sdn Bhd (JEP).

 

Menurut TNB dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, langkah itu adalah lanjutan daripada pelaksanaan Perjanjian Jual dan Beli Saham dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) untuk pengambilalihan 70 peratus pegangan dalam JEP.

 

Pada 22 Julai tahun lepas, TNB dan JEP menandatangani PPA untuk pembinaan loji tenaga elektrik menggunakan arang batu 2 x 1,000 megawatt di Jimah.

 

“PPA Tambahan itu, dengan jangkaan tarikh operasi masing-masing bermula 15 Jun, 2019 dan 15 Dis, 2019, mengawal kewajipan pihak berkenaan untuk menjual, membeli kapasiti harian sedia ada dan pengeluaran elekrik bersih yang dijana oleh kemudahan itu bagi tempoh 25 tahun.

 

“Penandatanganan PPA Tambahan itu tidak akan menjejaskan modal saham terbitan dan berbayar serta pegangan pemegang saham utama TNB.

 

“Ia akan memberi kesan positif terhadap perolehan TNB sepanjang projek Jimah,” menurut TNB. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.