‘Tiada Aduan Terhadap Tun M Setakat Ini’ – Salleh Said

Kuala Lumpur – Tiada sebarang aduan diterima Kementerian Komunikasi dan Multimedia setakat ini berhubung kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam catatan terbaru laman blognya, chedet.cc.

 

Namun Menterinya, Datuk Seri Salleh Said berkata tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati mengeluarkan kenyataan yang menggugat perpaduan dan kesejahteraan rakyat.

 

Salleh bagaimanapun menafikan dakwaan dan tuduhan Dr Mahathir menerusi blognya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

“Itu semua tidak benar sama sekali. Beliau (Dr Mahathir) boleh mengeluarkan sebarang kenyataan, terpulang kepadanya, tetapi itu hanyalah pandangan beliau. Tidak salah untuk memberi pandangan walaupun anda tidak bersetuju dengan kerajaan, kami tidak akan menyekat sebarang kenyataan dikeluarkan.”

 

“Tetapi ada perkara yang perlu dipertimbangkan iaitu berkaitan isu perpaduan kaum dan agama, kestabilan dan keselamatan negara perlu dijaga. Anda juga perlu tahu membezakan pandangan peribadi seseorang dan sesuatu yang boleh menjejaskan perpaduan negara.” katanya.

 

Tegasnya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan mengambil tindakan sekiranya menerima sebarang aduan berhubung perkara itu.

 

“Sekiranya wujud sebab untuk mengambil tindakan, pastinya kita akan berbuat demikian. Di bawah seksyen SKMM ada peruntukkan kuasa. Sekiranya ada perkara yang difikir melanggar undang-undang negara, tindakan sewajar boleh diambil,” ujarnya.

 

Mengulas mengenai sekatan ke atas laman web Sarawak Report, katanya tindakan itu diambil berikutan hebahan maklumat yang dipersoalkan kesahihannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.