Dakwaan Tak Boleh Tukar Ringgit Di Makkah, Madinah Satu Fitnah Besar

KUALA LUMPUR – Orang ramai khususnya jemaah haji diminta tidak terpengaruh dengan maklumat palsu yang disebarkan di media sosial kononnya Ringgit Malaysia (RM) tidak diterima pengurup wang di Makkah dan Madinah.

 

Sebaliknya, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tiada sebarang masalah berkaitan tukaran RM di Makkah dan Madinah.

 

“Ini merupakan fitnah besar. Maklumat daripada Pengarah Operasi Haji telah menafikannya dan menjelaskan tiada masalah berkaitan pertukaran RM di pengurup wang di Makkah dan Madinah,” katanya menerusi laman Facebooknya hari ini.

 

Pada masa sama, Asyraf Wajdi berkata, Tabung Haji sejak dahulu lagi sudah menasihatkan jemaah haji agar tidak membawa wang tunai dalam jumlah yang banyak kerana ia menyediakan kemudahan pengeluaran wang tunai dalam mata wang Riyal di Makkah dan Madinah. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.