Bersih Yang Tidak ‘Bersih’ – Ahmad Maslan

Kuala Lumpur – Penggunaan nama ‘bersih’ oleh penganjur untuk mengadakan bantahan aman Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos dianggap tidak sesuai.

 

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berpendapat ia tidak menggambarkan maksud sebenar perkataan itu.

 

“Hairan…Mengapa anda menamakan diri sebagai Bersih? Walhal ianya dipenuhi dengan kaedah yang kotor.

 

“Sekali lagi kami ingin bertanya, jika `bersih’ itu bersih mengapa anda tidak mengikut peraturan negara ini?,” tulisnya di blog, ahmadmaslan.my.

 

Beliau mendakwa, tindakan penganjur perhimpunan Bersih 4.0 jelas melanggar Akta Perhimpunan Aman 2011 yang melarang sebarang bantahan dan demonstarasi jalanan.

 

Katanya, perbuatan itu juga akan menyusahkan orang lain.

 

“Mengapa anda ingin menyusahkan pemandu teksi, pemandu bas dan orang ramai yang ingin menguruskan keluarga? Mengapa anda ingin memberikan imej yang tidak baik di mata dunia seperti yang telah berlaku dalam siri keganasan demonstrasi jalanan sebelum ini?.

 

“Mengapa anda ingin mengganggu peniaga kecil, sederhana dan besar yang ingin mencari rezeki? Mengapa anda ingin merosakkan kegembiraan rakyat Malaysia dalam Bulan Kemerdekaan?,” soalnya.

 

Ahli Parlimen Pontian turut mempersoal tindakan penganjur yang tidak mahu menggunakan stadium untuk mengadakan perhimpunan itu sebagaimana yang disyor pihak berkuasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.