Yuna, MAS Kolaborasi ‘Terbang’

Kuala Lumpur –  Sempena sambutan kemerdekaan yang ke 57, Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) telah menghasilkan sebuah filem pendek, kolaborasi istimewa bersama penyanyi antarabangsa, Yuna.

Filem pendek bertajuk Terbang, A Malaysian Story arahan Linus Chung dan Mohd Hisham Saleh ini membawa mesej ‘Terus cekal dan terbang tinggi di langit’.

LaguLangitnyanyian Yuna yang merupakan ciptaan bersama Yuna dan AG Coco turut menjadi lagu latar filem berkenaan.

Menurut MAS, filem berkenaan antara lain memberi teladan agar kita belajar dari kesilapan masa lalu serta tidak mengambil kesempatan ke atas kebebasan yang ada dan berusaha untuk mencapai langit.

Hashtag #FlyingHigh dan #StayStrong turut dilancarkan dalam menyampaikan semangat baru MAS yang sejak akhir-akhir ini dilanda pelbagai tragedi.

Filem pendek ini mengisahkan tentang seorang budak lelaki bernama Ahmad yang bercerita mengenai cita-citanya untuk terbang tinggi.

Filem pendek ini telah dimuatnaik di saluran YouTube MAS pada Ahad dan setakat ini telah memperolehi 60,000 views.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.