UiTM Komited Lahirkan Mahasiswa Pintar Bahasa Inggeris

Kuala Krau  – Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Khazanah Alam Pahang Jengka komited dan beriltizam untuk melahirkan mahasiswa pintar Bahasa Inggeris yang mampu menguasai bahasa antarabangsa itu.

Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Pelajar ( HEP), UiTM Cawangan Pahang, Mustafa Kamal Mat berkata, mahasiswa yang cerdas dan mempunyai kredibiliti harus memiliki penguasaan berbahasa Inggeris dengan baik kerana secara langsung dapat meningkatkan kualiti pembelajaran mereka.

Ujarnya, institusi itu berupaya melahirkan graduan yang berkualiti tinggi setanding dengan institusi pengajian tinggi yang lain.

“Kecekapan dan keterampilan mahasiswa UiTM berkomunikasi di bilik kuliah memberi impak yang amat besar terhadap keupayaan graduan lepasan UiTM menempatkan diri dalam pasaran pekerjaan.

“Ini terbukti apabila graduan UiTM sentiasa mendapat permintaan tinggi para majikan di negara ini dalam pelbagai sektor pekerjaan,” katanya di majlis penyampaian hadiah Pertandingann Public Speaking 2014 Deputy Rector’s Cup Challenge” di sini hari ini.

Dalam pertandingan itu, seramai sepuluh peserta terdiri dari program Diploma Sains, Diploma Sains Komputer dan Matematik, Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat, Diploma Pengajian Perniagaan telah terpilih ke peringkat akhir.

Menurutnya, program sedemikian berupaya meningkatkan kemampuan dan keterampilan mereka untuk menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi di dalam bilik kuliah.

Justeru katanya, pensyarah perlu memainkan peranan yang penting memanfaatkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam proses pembelajaran adalah untuk memastikan matlamat pengurusan tercapai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.