Sultan Selangor Tolak Permohohan Khalid Letak Jawatan

Shah Alam – DYMM Tuanku Sultan Selangor hari ini terima kunjungan mengadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk sembah maklum meletak jawatan.

Sultan menangguh permohonan itu sehingga perlantikan yang baru. Undang-undang tubuh Kerajaan, Sultan diberi kuasa multak untuk melantik Menteri Besar yang mendapat majoriti.

Sultan turut bertitah agar setiap pemimpin parti mencadangkan lebih dari dua nama sebagai calon Menteri Besar untuk memudahkan Sultan menetukan calon yang layak. Ini adalah sejajar konvensi yang boleh diamalkan dalam perlantikan Menteri Besar Selangor sebelum ini.

PC Khalid

 

“Saya telah menyembah maklum dinamik politik di negeri Selangor kian meningkat dan telah menimbulkan keresahan rakyat jelata. Demi kelangsungan kestabilan politik di negeri  Selangor, saya telah mengemukan kepada Tuanku  hasrat meletak jawatan sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor. Saya dengan ikhlas akan akur dengan keputusan yang diputuskan oleh pihak Sultan Selangor” katanya.

 Khalid memohon maaf kepada Tuanku Sultan kerana telah menyebabkan pihak Istana terheret dalam kancah politik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.