Khalid Samad Diludah, Digelar Pengkhianat Melayu

Kuala Lumpur – Ketika mahu meninggalkan kompleks mahkamah selepas diikat dijamin, anggota parlimen PAS Khalid Samad disekat sekumpulan pemuda Melayu yang tidak puas hati dengannya.

Ahli Parlimen Shah Alam itu disembur air dan diludah  oleh seorang lelaki ketika sedang melalui tangga utama Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. 

Katanya, mereka mengeluarkan kata-kata kecaman padanya.

“Ketika saya mahu meninggalkan (kompleks mahkamah), seorang lelaki Melayu datang kepada saya dan tanya sama ada saya Khalid Samad, anggota parlimen Shah Alam. Lepas saya kata ‘ya’, dia ludah saya.

“Dan kemudian, datang lagi sepuluh orang dan menghina saya, gelar saya pengkhianat Melayu.

“Ketika kami bergerak menuju kereta, mereka mula bertempik dan berkelakuan liar. Tetapi mereka tidak sentuh saya,” katanya.

Beberapa orang lagi turut menyaksikan insiden itu.

Khalid hari ini didakwa atas tuduhan menghasut atas kenyataannya yang menggesa agar kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dihapuskan.

Beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini bawah Akta Hasutan dan mengaku tidak bersalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.