Julianna Julang Gelaran Aktres Terbaik Angugerah Emmy

Los Angeles – Julianna Margulies menjulang gelaran aktres terbaik drama pada Isnin di majlis anugerah Emmy untuk lakonannya dalam “The Good Wife.”

Beliau mengalahkan Lizzy Caplan (“Masters of Sex”), Claire Danes (“Homeland”), Michelle Dockery (“Downton Abbey”), Kerry Washington, (“Scandal”) dan Robin Wright (“House of Cards”) pada majlis anugerah Emmy Primetime ke-66.

Sementara itu, anugerah aktor terbaik drama pula dimenangi pelakon Bryan Cranston.

Cranston, dalam kemenangan kelimanya ini, mengalahkan Jeff Daniels (“The Newsroom”), Jon Hamm (“Mad Men”), Woody Harrelson dan Matthew McConaughey “True Detective”, juga Kevin Spacey (“House of Cards”).

Selain itu, anugerah drama terbaik pula dimenangi ‘Breaking Bad’, manakala “Modern Family” melakar sejarah dengan memenangi anugerah siri komedi terbaik untuk lima tahun berturut-turut mengalahkan “The Big Bang Theory,” “Louie,” “Orange Is the New Black,” “Silicon Valley” dan “Veep.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.