DAP Kecewa Dengan Pas, Masih Perlukah Pakatan Rakyat Terus Kekal?

Shah ALam – DAP Selangor kecewa dengan dolak-dalik PAS dalam krisis politik di negeri itu, dan kini menimbang semula keperluan sama ada Pakatan Rakyat perlu terus kekal.

Soal pokok itu dibincangkan secara ringkas dalam mesyuarat tergempar DAP Selangor pada malam tadi.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua mengesahkan perkara itu ketika dihubungi.

“Apabila PAS enggan memenuhi janji, dan berdegil untuk tidak menyokong presiden anggota gabungan kita sebagai MB baru, mungkin tiba masanya untuk merenung dan berfikir mengenai tujuan berterusan dan kewujudan pakatan ini.”

Bagaimanapun, tiada apa-apa keputusan konklusif dibuat dalam isu tersebut, katanya.

Beliau merujuk kepada mesyuarat PAS semalam, yang memutuskan bahawa parti itu membenarkan sultan memilih calon untuk menggantikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.