Malaysia, Filipina Setuju Terus Sokong Kepusatan ASEAN Tangani Isu 5PC Di Myanmar

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Malaysia dan Filipina bersetuju untuk menyokong Kepusatan ASEAN dan terus bekerjasama rapat untuk menangani pelbagai cabaran yang ditimbulkan oleh geopolitik dan sosioekonomi yang sentiasa berubah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata khususnya dalam isu Myanmar, keperluan untuk mengukuhkan Konsensus Lima Perkara (5PC) adalah antara topik perbincangan dengan Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr. pada Rabu.

“Kami menyentuh isu Myanmar untuk mengukuhkan 5PC ASEAN tetapi juga memberi sedikit kelonggaran dan ruang kepada negara jiran untuk melibatkan diri secara tidak formal tanpa mengorbankan isu hak asasi manusia dan layanan terhadap minoriti terutamanya Rohingya dan minoriti lain di Myanmar,” katanya.

Perdana menteri berkata demikian semasa sidang media bersama sempena lawatan negara tiga hari Marcos ke Malaysia.

Sementara itu, Marcos berkata kedua-dua negara mengesahkan semula komitmen untuk menyokong aktiviti dalam konteks ASEAN dan Kawasan Pertumbuhan Asean Timur- Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMB-EAGA) dalam mengiktiraf kepentingan Kepusatan ASEAN. – Bernama

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat