Datuk Ditahan Bersama Wang Tunai RM38 Juta, 200kg Emas dan 17 Kereta Mewah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan sekutunya, ditahan dengan sejumlah wang tunai kira-kira RM 38 juta, emas seberat anggaran 200 kilogram yang bernilai kira-kira RM60 juta serta 17 buah kereta mewah dirampas.

Suspek itu adalah yang pertama yang ditahan dalam Ops 82S oleh Pasukan Petugas Agensi-Agensi Penguatkuasa Malaysia (MATF) yang diketuai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

BH difahamkan, operasi pada Isnin lalu itu, membabitkan serbuan serentak dilakukan di 34 lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor dengan membabitkan kekuatan 315 pegawai pelbagai agensi.

“Seorang Datuk dan sekutunya ditahan dengan sejumlah wang tunai anggaran kira-kira RM 38 juta, emas seberat anggaran 200 kilogram bernilai kira-kira RM60 juta serta 17 buah kereta mewah antaranya berjenama Maserati, Ferrari dan Mercedes Benz juga telah disita,” kata sumber, hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Azam berkata, kes itu disiasat mengikut Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA)2001, Akta Percukaian 1967 dan Akta Kastam 1967.

Agensi penguatkuasaan lain yang terbabit adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Cyber Security Malaysia (CSM).

Pasukan Petugas MATF juga dipengerusikan oleh Peguam Negara.

Ia dilancarkan bagi melumpuhkan sindiket rasuah, pecah amanah, penyeludupan barang-barang haram dan pengurangan cukai tidak sah. – BH

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat