Viral Si Ibu Gigih Niaga Nasi Lemak Di MRR2 Sambil Gendong Anak

KUALA LUMPUR – Demi anak seorang ibu sanggup berbuat apa sahaja untuk kelangsungan hidup.

Begitulah cerita seorang ibu kepada tiga orang anak yang nasi lemak  berdekatan stesen minyak Petronas di tepi MRR2 berhampiran Tesco Tesco Ampang.

Seperti tular oleh netizen, Lynn Ahmad menceritakan usaha ibu berkenaan demi mencari sesuap nasi.

“Korang yang lalu Tesco Ampang kalau nampak akak ni beli la nasi lemak RM1 dia sedap sambil makan sambil membantu, sedih tengok kak ni dengan tiga orang anak dia datang niaga..

“Akak ni dengan niaga dengan nak kawal anak lagi…demi sesuap nasi kan…ermmm aku yang kawal dua orang anak bawak kedai pun letih.,” tulisnya sambil mengakui nasi lemak yang dibelinya itu memang sedap.

Menurutnya, nasib baik anak-anak wanita itu baik dan duduk tepi jalan tanpa banyak kerenah.

Ada netizen lain juga ada melihat wanita yang sama bersiap-siap untuk berniaga dan berkemas dalam but keretanya sambil mengendong anak yang tidur dalam kain yang diselempangkan di dadanya.

Begitulah kehidupan dan cabaran dalam kehidupan kita. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.