Video : Wanita Mengamuk Sepupu Skandal Dengan Suami

Berlaku satu kekecohan dimana babak perkelahian pasangan suami isteri berlaku di hadapan umum.

Menurut Daily Mail, rakaman video berlaku di Chile itu memperlihatkan aksi seorang isteri yang telah dicurangi mengamuk dan cuba untuk memecah masuk ke dalam trak suaminya.

Dia berbuat demikian supaya dapat bersemuka dengan perempuan simpanan suaminya yang juga merupakan sepupunya sendiri.

Pada mulanya suaminya tidak mahu membuka pintu trak tersebut.

Orang ramai yang menyaksikan turut mengelilingi kenderaan dan memberikan sokongan kepada wanita itu.

Biarpun wanita itu menekup mukanya ke cermin tingkap gelap dan menuntut supaya sepupunya bersemuka dengannya untuk mencari penyelesaian, namun perkara itu tidak berhasil.

Bagaimanapun selepas itu wanita tersebut cuba memecahkan cermin kereta. Akhirnya, lelaki itu membuka pintu trak tersebut.

Selepas itu wanita tersebut terus memaki hamun suaminya di hadapan awam. Wanita itu memukul dan mengoyakkan baju suaminya kerana kecurangan yang dilakukan suaminya.

Orang ramai mula menarik sepupunya supaya tidak terlibat dalam pergelutan tersebut.

Pihak keselamatan turut terlibat untuk menyuraikan keadaan tersebut.

Rakaman wanita yang mengamuk itu kemudiannya telah disiarkan di YouTube, di mana ia telah menerima lebih daripada 70,000 tontonan.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.