Video : Gadis Jatuh Bangunan Ketika Latihan Zipline

Seorang gadis berusia 16 tahun dipercayai terjatuh semasa melakukan latihan Zipline di kolejnya.

Menurut Daily Mail, semasa latihan tersebut bapanya yang merupakan pengajar di kolej itu sedang membantu pelajar lain mengikat abah-abah mereka.

Gadis yang bernama Aditi itu pula sedang melihat pelajar lain yang turun garis zip bagaimanapun tidak dapat menyimbangkan diri lalu terjatuh dari bangunan enam tingkat itu.

Aditi, yang merupakan pelajar tahun kedua ijazah sains dijejarkan ke hospital berdekatan bagaimanapun tidak dapat diselamatkan kerana kecederaan yang amat parah sehingga menyebabkannya meninggal dunia semasa dalam rawatan.

Menurut Dr Rakhi Gupta mendakwa kejadian yang menimpa Aditi adalah salah ayahnya kerana Aditi tidak berada di kawasan zip line.

Manakala polis, Sukesh Chaudhary, yang merupakan pegawai penyiasat polis berkata akan menyiasat siapa yang berada berhampiran Aditi untuk mengetahui bagaimana gadis itu terjatuh sehingga menyebabkan kematian.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.