Tuduh Wanita `Berlebihan’ Ketika Bersalin, Dua Lelaki Ini Akhirnya Mengalah

Dua lelaki telah mencuba simulator untuk merasai sakit melahirkan anak bagi membuktikan wanita sengaja membesar-besarkan segalanya ketika proses persalinan.

Namun dua suami yang sombong ini akhirnya merasai pengalaman yang paling menyakitkan. Sebaik sahaja alat yang menyalurkan elektroda ke perut mereka yang mirip sakit kontraksi dipasang oleh Dr. Julie Masters, kedua-duanya menjerit.

Mereka akhirnya tidak tertahan dan meminta belas ihsan.

“Rasanya seperti seseorang sedang mengergaji dan mengukir perut ku,” katanya.

Kedua-duanya turut mengerang dan berguling di tempat tidur. Tidak kurang pula salah seorang yang memarahi isterinya yang ketika itu tersenyum melihat mereka merasai pengalaman sakit berkenaan.

Selepas simulasi berakhir, kedua-dua lelaki terbabit meminta maaf kerana dengan sombong menuduh kaum ibu sengaja membesar-besarkan proses bersalin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.