Tiga Penuntut IPTA Ditahan Miliki Air Ketum

Tiga penuntut sebuah institut pengajian tinggi awam di Perak ditahan polis kerana memiliki 14 bungkus plastik dan tiga botol air air ketum di sebuah rumah di Tanjung Malim semalam.

Ketua Polis Daerah Muallim Supt Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata suspek yang berumur 18 dan 19 tahun itu ditahan sepasukan polis kira-kira pukul 8.45 malam di Bandar Behrang 2020, kira-kira 120km dari Ipoh.

Hasil pemeriksaan di dapur rumah itu, polis menemukan 14 bungkus plastik dan tiga botol cecair disyaki air ketum di dalam
bekas polisterin di bawah singki, katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati kesemua suspek yang merupakan pelajar jurusan diploma kejuruteraan mekanikal itu memperolehi bekalan ketum dari Manjung dekat Ipoh.

Katanya ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek negatif dadah dan mereka kini ditahan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.- Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.