PH Jangan Terlalu Angkuh Kata PSM

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) diingatkan agar tidak terlalu angkuh dan yakin boleh memenangi pilihan raya umum akan datang dengan hanya bekerjasama dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan melupakan kumpulan-kumpulan lain yang juga mempunyai pengaruh kata Ahli Parlimen Sungai Siput yang juga pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Jeyakumar Devaraj.

Beliau mengingatkan bahawa kerjasama dengan pihak lain seperti parti Warisan di Sabah juga boleh membantu mencapai impian Pakatan Harapan untuk menawan Putrajaya dan seterusnya menamatkan pentadbiran lebih 50 tahun Barisan Nasional (BN).

Katanya, PSM boleh memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan jika gabungan itu berusaha untuk bekerjasama juga dengan pihak lain yang mampu menumbang BN.

“Tolong jangan terlalu angkuh dan merasakan akan menang besar dengan Mahathir, sampai kita tak buat kerjasama dengan kumpulan-kumpulan seperti warisan di Sabah yang dipimpin oleh Shafie Afdal, yang tidak ada dalam PH.

“Shafie dan Warisan mempunyai pengaruh di Sabah,” katanya, seperti memetik Awani.

Penglibatan Dr Mahathir dalam gabungan pembangkang diragui sama akan membawa perubahan atau memusnahkan perjuangan reformasi.

Namun, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu mempertahankan keputusan Pakatan Harapan berkerjasama dengan Dr Mahathir dan memberi alasan bekas perdana menteri selama 22 tahun itu mampu menarik sokongan orang Melayu terhadap gabungan pembangkang itu.

“Macam mana kita nak menang pilihanraya kalau tak dapat sokongan pengundi melayu? kita nampak Dr Mahathir ada sedikit sumbangan untuk menarik sokongan pengundi melayu bersama pakatan harapan,” katanya.

Hujah Mohamad itu turut disokong oleh aktivis Hishamuddin Rais yang mendakwa Pakatan Harapan kini sudah berjaya memasuki kawasan Felda semenjak menjalinkan kerjasama dengan Dr Mahathir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.