Penyokong Pembangkang Masih Berbelah Bagi Tentang Dr M

Walaupun bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah dilantik sebagai pengerusi Pakatan Harapan, namun kalangan penyokong pembangkang masih berbelah bagi mengenainya.

Ini dapat dilihat semasa satu forum anjuran Kelab Bangsar Utama malam tadi, di mana dua pihak tampil membincangkan perkara tersebut.

Keadaan berbelah lagi itu juga jelas dapat dilihat daripada reaksi di kalangan 150 orang hadirin itu mengenai peranan Dr Mahathir dalam gabungan itu.

Daripada 10 soalan hadirin kepada ahli panel semasa sesi soal jawab, lapan daripadanya mengkritik jawatan baru Dr Mahathir dalam gabungan pembangkang itu.

Antara pengkritik yang paling lantang ialah pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvam, yang membidas hujah aktivis sosial Hishamuddin Rais, yang merupakan salah seorang ahli panel yang menyokong kehadiran Dr Mahathir dalam HARAPAN.

Hishammuddin turut menjadi sasaran seorang lagi ahli PSM, Muhamad Harris Nasril.

“Anda (Hishamuddin) adalah orang yang mengajar kita bahawa Mahathir tidak boleh dipercayai, jadi mengapa kamu berkata sebaliknya sekarang?” kata Muhamad Harris.

Bagaimanapun, Hishamuddin menjawab bahawa dia tidak mempercayai Mahathir, tetapi isunya sekarang ialah bukan mengenai sama ada dia mempercayai bekas perdana menteri itu.

“Persoalannya adalah siapa musuh utama kita, dan mengapa kita bersatu dan apakah peranan Mahathir. Sama ada saya mempercayai Mahathir atau tidak, ia tidak relevan, “katanya.

Musuh utama sekarang, katanya, adalah perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, walaupun ramai yang membangkang peranan Mahathir dalam gabungan itu, namun yang pro-Mahathir juga tidak kurang juga ramainya.

 

Separuh daripada hadirian bertepuk setiap kali Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu berhujah mengapa perlunya kehadiran Dr Mahathir dalam HARAPAN.

Dua soalan semasa sesi soal jawab juga turut cuba mencubit hujah oleh aktivis Haris Ibrahim dan Ahli Parlimen PSM Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar Devaraj, yang menyuarakan ketidak setujuan mereka terhadap peranan kepimpinan Dr Mahathir dalam HARAPAN.-Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.