Pengendali Sistem Kereta Api Bawah Tanah New York Garis Pelan Penyelamat

NEW YORK – Pengendali sistem kereta api bawah tanah New York menggariskan pelan penyelamat bernilai 800 juta dolar Amerika dengan 8 bilion dolar lagi bagi tempoh jangka panjang bagi mengatasi masalah kelewatan kemudahan itu yang kronik.

Menurut AFP, pembiayaan tersebut juga untuk mengatasi masalah kerosakan dan kesesakan penumpang sekali gus menjanjikan pengangkutan sistem ke abad-21.

Pengerusi Pihak Berkuasa Pengangkutan Metropolitan mengakui sistem kereta api bawah tersebut sangat “terdesak” dan menyukarkan pelanggannnya, seperti memetik RTM.

Oleh itu, untuk menstabilkannya kembali, harapan pihak itu kini adalah untuk mendapatkan pelaburan segera 456 juta dolar untuk kos operasi dan membuat 380 juta dolar modal pelaburan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.