Netizen Bidas Vivy Yusof Soal Aurat

KUALA LUMPUR – Posting usahawan Vivy Yusof menerima kecaman netizen yang mempersoalkan mengenai cara beliau berpakaian dalam gambar berkenaan.

“Apabila orang berbuat kebaikan dan membuat perubahan kepada dunia, perkara pertama yang anda lakukan adalah mengukur bagaimana Islamnya penampilan dia.

“Terdapat banyak umat Islam di dunia ini yang saya hormati atas apa yang mereka lakukan, dan mereka tidak memakai tudung – adalah sangat memalukan jika anda menutup pencapaian mereka hanya penampilan mereka tidak cukup ‘Muslim’ buat anda.

“Bukalah minda dan bersikap baik kepada semua orang, menilai bukan urusan kita tetapi urusan Tuhan,’ jawab Vivy.

Di sebalik komen-komen itu, ramai yang melihat pencapaian Vivy dalam Forbes Asia 2017 adalah satu perkara yang memberi inspirasi buat ramai wanita.

Vivy menghadiri sidang kemuncak Forbes Asia 2017 di Manila, Filipina bersama pelakon dan usahawan Naelofar Hijab, Neelofa bermula pada Selasa.

Fashion Valet merupakan antara laman beli belah atas talian yang semakin berkembang di rantau Asia dengan lebih 400 jenama fesyen di bawahnya.

VIvy yang merupakan antara individu paling berpengaruh dalam senarai Forbes 30 Under 30 Asia 2017 menghadiri sidang kemuncak acara itu di Manila yang mana mengumpulkan 300 individu termasyur dalam bidang masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.