Lelaki Rakam Mangsa Lemas Sehingga Mati Tanpa Menyelamatkan Mangsa

FLORIDA – AMERIKA SYARIKAT . Bukan setakat merakam dan tidak menyelamatkan seorang lelaki yang sedang lemas, malah mangsa ditertawakan dan diejek.

Laporan CNN mengatakan Jack Dunn dirakam meronta di sebuah kolam oleh sekumpulan remaja dalam kejadian 9 Julai di Cococa, Florida berkenaan.

Dalam rakaman tersebut, Jack bertarung nyawa lebih dua minit sambil disambut hilai tawa dan ‘amaran’ oleh kumpulan remaja tersebut bahawa mangsa akan mati.

“Tak ada siapa yang senang nak tolong awak, bodoh,” kata salah seorang remaja tersebut.

“Oh dia dah mati,” kata seorang lagi sebelum kumpulan tersebut berlalu pergi tanpa memberitahu pihak berkuasa.

Mayat Jack ditemui sudah reput, tiga hari kemudian.

Polis mengatakan kumpulan remaja berusia diantara 14 hingga 16 tahun berkenaan tidak akan didakwa.

Tiada undang-undang di Florida yang menyebut orang awam perlu memberikan bantuan kepada mereka yang mengalami kesukaran.

“Jika ada undang-undang sedemikian, kami pasti sudah dakwa mereka, Kata jurucakap Jabatan Polis Cocoa, Yvonne Martinez.

Yvonne memberitahu, kumpulan remaja terbabit tidak menunjukkan sebarang penyesalan ketika disoal siasat oleh detektif.

“Keluarga waris kecewa, detektif juga kecewa. Tiada siapa yang boleh dihukum untuk kes ini.

“Tiada sesiapa patut meninggal dunia dalam keadaan sedemikian,” tambah Yvonne kepada CNN.

Sementara itu, Ketua Polis Cocoa, Mike Cantaloupe berharap kematian Jack akan ‘membawa perubahan kepada undang-undang’.

“Sebagai pihak berkuasa, kami bersumpah untuk menegakkan keadilan. Tetapi, tiada undang-undang yang boleh digunakan untuk kes ini. Mungkin kes ini akan menyebabkan undang-undang baharu dibuat” kata Mike.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.