Jakim Percepat Kelulusan Sijil Halal – Jamil

KUALA LUMPUR – Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berjaya melaksanakan inisiatif-inisiatif mempercepat dan memperkasakan proses pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) di seluruh negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, inisiatif itu adalah bagi menangani isu berkaitan kelewatan pengeluaran SPHM samada di peringkat persekutuan mahupun di peringkat negeri.

“Kerajaan amat memahami rintihan dan juga rayuan daripada industri yang memohon kepada kesegeraan sijil ini.

“Maka inisiatif terbaru ini mempercepatkan pengeluaran SPHM telah dilaksanakan di mana dengan peringkat Jakim disusuli dengan negeri-negeri,” katanya, lapor Awani.

Tambah Jamil, melalui inisiatif tersebut pihaknya telah meluluskan 80 peratus permohonan SPHM termasuk dalam tempoh tiga hari.

“Inisiatif ini juga melibatkan penambahan kekerapan bilangan Mesyuarat Panel Pengesahan Halal dari dua kali sebulan kepada lapan kali sebulan atau dua kali seminggu.

“Proses ini juga menghasilkan keputusan pengesahan dalam tempoh tiga hari bekerja pagi permohonan produk yang tidak kritikal satu hingga tiga hari,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Datuk Dr Noraini Binti Ahmad (BN – Parit Sulong) yang minta menteri menyatakan inisiatif baharu yang dilakukan Jakim untuk tambah baik proses kelulusan SPHM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.