‘HARAPAN Kini Perlukan Dr M Dan Ini Salahnya Sendiri’

Kebergantungan Pakatan Harapan terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meraih sokongan orang Melayu di luar bandar adalah bukti kegagalan gabungan itu sendiri untuk berbuat demikian, kata pemimpin veteran Parti Sosialis Malaysia, Dr Michael Jeyakumar Devaraj.

Bercakap pada satu forum mengenai peranan Dr Mahathir dalam HARAPAN malam tadi, Jeyakumar berkata gabungan itu sepatutnya menyalahkan dirinya sendiri kerana perlu bergantung kepada Dr Mahathir, yang pernah menjadi musuh kepada ramai pemimpin HARAPAN, untuk menerajui gabungan pembangkang itu sekarang.

“(Pada masa ini, HARAPAN bercakap tentang) 1MDB, cincin… semua ini adalah isu-isu bandar. Itulah sebabnya ia terpaksa membawa Dr Mahathir masuk,” tambahnya.

 

Keputusan untuk membawa masuk Dr Mahathir, katanya, adalah kerana sebelum ini, selama lima tahun, pembangkang telah gagal untuk menangani kebimbangan penduduk luar bandar.

Ini, katanya, adalah kelemahan HARAPAN, yang membawanya ke situasi di mana ia perlu membawa masuk mantan perdana menteri itu.-Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.