Dennis Muhammad Sudah Hafal 10 Surah Al-Quran

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan dan ber­puas hati dengan pencapaian pembelajaran agama Islam Dennis Muhammad Abdullah, bakal suami kepada puteri tunggal ba­ginda, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah.

Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Ismail Karim berkata, Dennis, 28, diberi bimbingan mengenai Islam oleh sekumpulan ustaz dari Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) sejak awal Mac lalu, seperti memetik Kosmo.

Katanya, satu modul pembelajaran agama Islam yang intensif dan sistematik dirangka dengan bimbingan JAIJ bagi memberikan pengajaran secara sempurna kepada Dennis.

“Ini termasuk pembelajaran al-Quran, fardu ain selain pengajaran bahasa Melayu, protokol dan istiadat diraja Johor, tulisan jawi serta penerangan mengenai struktur organisasi kerajaan negeri Johor.

“Dalam tempoh tiga bulan sahaja, Dennis dapat mengikuti segala pembelajaran cemerlang, termasuk menghafal 10 surah terakhir al-Quran, doa qunut serta ayat Kursi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan menerusi Pusat Media dan Komunikasi Rasmi Keluarga Diraja Johor semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.