Biasalah, Orang Cantik Selalu Kena Kecam, Kata Sajat

KUALA LUMPUR – Ramai mengenali Nur Sajat dengan isu kontroversinya selama ini. Malah apa sahaja yang dilakukan usahawan kosmetik itu sering tular di media sosial.

Baik kenyataannya atau gambarnya sahaja bakal mengundang komen netizen – ada yang baik dan ada yang mengutuknya.

Hendak pula isu ‘jantina’ Nur Sajat yang didakwa ramai masih menjadi persoalan.

Dalam banyak status dan postnya, Nur Sajat secara ‘berseloroh’ mengakui kini dia wanita dan memasang hasrat menjadi isteri dan mempunyai anak.

Semalam, Nur Sajat ketika ditemui Malaysia Gazette menganggap kesemua tuduhan dan cacian yang diterimanya tidak meninggalkan bekas kepadanya.

Apa yang penting, dia akan terus berusaha meningkatkan perniagaannya terutama memberi inspirasi kepada usahawan Melayu untuk berjaya.

“Biasalah kan, orang cantik memang selalu kena kecam,” katanya. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.