Baju Drake Disamakan Dengan Uniform Pekerja Restoran Pelita Nasi Kandar

Sekeping gambar penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat, Drake, telah disamakan dengan pekerja restoran mamak popular, Pelita Nasi Kandar.

Rata-rata netizen yang melihat aksi Drake yang dirakam dalam sebuah acara pentas memakai sepasang baju dan seluar bercorak biru dan keemasan yang mirip uniform pekerja restoran 24 jam itu.

Menerusi satu status yang dimuat naik di laman Twitter @headsink telah menyunting gambar antara Drake dan Pekerja Pelita Nasi Kandar, dengan menulis twit berbunyi “Setelah mengalami masalah depression kronik, Drake ambil keputusan tinggalkan dunia seni dan berhijrah ke Malaysia”.

Gambar itu bagaimanapun telah mendapat lebih 9,000 retweet dan 3,800 like.

Selain dalam negara, netizen luar negara turut mengkritik aksi Drake yang berdiri tegak sambil memegang mikrofon, seperti memetik sebuah portal.

Ada yang menyifatkan aksi itu seperti sedang ujibakat malah lebih kelakar ada yang menyamakan Drake seperti sedang membuat pengumuman mengalihkan kenderaan.

Drake, 30, pernah bercinta dengan penyanyi Rihanna sekitar tahun 2009 namun putus tiga tahun kemudiannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.