Ahli Politik Perlu Bijaksana, Berhikmah – Salleh

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menggesa ahli politik di negara ini untuk berpolitik secara beradab dan tidak bermusuhan sekalipun berbeza pendapat.

Katanya dalam sebuah negara demokrasi, pemimpin, ahli politik dan rakyat berhak memberi pandangan, menegur dan mengkritik pemerintah, namun perlu dibuat secara beradab dan bukannya dengan caci maki serta fitnah, lapor Bernama.

Justeru, katanya anggota politik perlu bersikap bijaksana dan berhikmah dalam mengambil sesuatu keputusan politik, selain memanfaatkan ruang awam secara rasional.

Beliau berkata dalam catatan di laman blognya hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.