Wanita Palestin berlatih menembak

GAZA – PALESTIN . Wanita-wanita di Palestin diberi latihan menembak oleh anggota Perlindungan dan Keamanan Hamas, bagi menyiapkan diri mereka seni mempertahankan diri menggunakan senjata.

 

Memetik laporan Reuters, latihan itu diadakan pada 24 Julai lalu bertempat di Khan Yunis sempadan Gaza.

 

“Mereka diajar bagaimana cara menembak, selain cara asas mengendalikan penggunaan pistol.

 

“Ramai wanita-wanita di sini menunjukkan minat terhadap latihan seperti ini,” petik kenyataan jurucakap Perlindungan dan Keamanan Hamas .

 

Khan Yunis adalah sebuah bandar dan kem pelarian yang terletak di selatan Semenanjung Gaza.

 

Kebangkitan Intifada pada 2001 menyebabkan helikopter tentera Israel mengebom Khan Yunis secara besar-besaran pada Ogos 2001 dan Oktober 2002. Khan Yunis merupakan kubu kuat penyokong Hamas.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.