Turki: 42 Wartawan Ditahan

ISTANBUL – Turki mengarahkan penahanan 42 wartawan yang dilihat tindakan keras kerajaan berikutan kegagalan rampasan kuasa yang mensasarkan lebih 60,000 orang selepas menerima tekanan dari Kesatuan Eropah (EU).

 

Stesen penyiar NTV melaporkan, penangkapan atau penggantungan askar, polis, hakim dan kakitangan awam itu sebagai tindak balas terhadap pemberontakan pada 15 dan 16 Julai lalu.

 

Ia terus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan kumpulan hak asasi dan negara Barat, yang bimbang Presiden Tayyip Erdogan mengambil kesempatan untuk mengukuhkan cengkaman kuasanya.

 

Presiden Suruhanjaya EU, Jean-Claude Juncker turut mempersoalkan hasrat sekian lama Ankara untuk menyertai EU.

 

“Saya percaya melihatkan keadaan semasa Turki, ia tidak berada dalam kedudukan untuk menjadi ahli dalam masa terdekat juga tidak dalam tempoh yang lebih lama,” kata Juncker di televisyen Perancis France 2.

 

Menurut Juncker, sekiranya Turki memperkenalkan semula hukuman mati sebagai tindak balas terhadap gesaan penyokong di perhimpunan awam yang mahu pemimpin rampasan kuasa dihukum mati, ia akan menghentikan proses menyertai EU secara serta-merta.

 

Turki memansuhkan hukuman mati pada 2004 bagi membolehkan ia memulakan perbincangan bagi menyertai EU pada tahun berikutnya, namun rundingan itu tidak mencapai sebarang kemajuan sejak awal lagi. – REUTERS

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.