Terpisah 11 Tahun, Gadis Jejak Bapa

KUALA LUMPUR – Seorang gadis yang berasal dari Sri Aman, Sarawak sedang menjejaki bapanya selepas terpisah sejak 11 tahun lalu.
Zaiminah Zaidi, 29, berkata, sejak berusia 18 tahun dia telah terputus hubungan dengan bapanya dan dia sangat berharap agar penantian selama 11 tahun itu bakal mengundang pertemuan semula dengan bapanya.
“Kali terakhir saya berjumpa ayah ketika berusia lapan belas tahun di Sri Aman dan selepas itu dia pergi tiada sebarang khabar berita sehingga kini,” katanya memetik laporan sebuah portal.
Zaiminah berkata, sehingga kini dia tidak mengenali wajah sebenar bapanya dan hanya dapat melihat menerusi gambar lama simpanannya.
Sehubungan itu menurutnya, memandangkan dia juga bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi, dia mengharapkan agar bapanya dapat bersama menghadiri majlis perkahwinannya nanti.
Menurutnya, dia mengharapkan agar bapa kandungnya yang berasal dari Sibu itu, Zaidi Abdullah@ Ha King Kong atau lebih dikenali sebagai Ah Kong yang berusia lingkungan 51 tahun ditemui, sekali gus dapat menjadi wali di majlis akad nikahnya, pada 24 Disember ini.
Untuk sebarang maklumat mengenai bapa Zaiminah, terus menghubunginya, di talian 011-23845186.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.