Video : Tanah TRX Beri Untung Pada Tabung Haji, Tapi Dipolitikkan Kata Najib

PETALING JAYA –  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelbagai perkara berkaitan TH cuba dijadikan isu dan dipolitikkan oleh sesetengah pihak termasuk berkenaan pembelian tanah Tun Razak Exchange di ibu negara.

 

Beliau berkata, walaupun tanah TRX memberikan keuntungan, namun ia sengaja dipolitikkan oleh pembangkang.

 

“Dulu tanah dibeli pada harga RM1,800 kaki persegi tapi hari ini saya tanya Datuk Johan Abdullah (Pengarah Utusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH), berapa harga tanah itu sekarang, dia beritahu ada pihak mahu beli pada harga RM2,200 kaki persegi.

 

“Ini maknanya sudah untung, tapi ia dipolitikkan oleh sesetengah pihak,” katanya dala ucapannya ketika merasmikan Yayasan Tabung Haji di Komplek Tabung Haji, Kelana Jaya, di sini hari ini.

 

 

 

 

 

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan timbalannya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, pengurusan tertinggi TH serta kakitangannya.-SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.