Mahasiswi Tidak Mengaku Salah Miliki Buku IS

KUALA LUMPUR – Seorang penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini semalam atas pertuduhan memiliki buku berunsur perbuatan keganasan Mac lalu.

 

Tertuduh Siti Noor Aishah Atam, 29, dari Dungun, Te­rengganu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohamed Shariff Abu Samah.

 

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki 12 buah buku yang merupakan item yang berunsur perbuatan keganasan dan berkaitan Jemaah Islamiyah (JI), Islamic State (IS) dan Al-Qaeda.

 

Tertuduh melakukan ke­salahan itu di sebuah rumah di Sura, Dungun, Terengganu.

 

Terdahulu semasa prosiding mahkamah menetapkan 5 September ini untuk sebutan semula kes.

 

Tertuduh yang merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana dalam jurusan agama sebuah universiti awam itu kali pertama dituduh di Mahkamah Majistret Kemaman, Terengganu pada 19 April lalu dan kemudian dibawa ke Penjara Kajang sehingga kes selesai.-Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.