Dua Pesawat Nyaris Bertembung Akibat Kesilapan Pegawai Trafik Udara

DUA pesawat nyaris bertembung dengan jarak 700 kaki (213 meter) antara satu sama lain semasa melalui Lapangan Terbang Stansted di London akibat kesilapan seorang pegawai kawalan trafik udara, menurut satu laporan yang didedahkan pada Isnin.

 

Menurut lembaga keselamatan udara United Kingdom (UKAB), kesilapan itu dilakukan pegawai berkenaan semasa ‘tempoh beban kerja yang tinggi’.

 

UKAB berkata, pegawai itu memberi arahan supaya menaikkan altitude kepada pesawat Boeing 737 untuk berlepas dari Lapangan Stansted, yang dimaksudkan untuk pesawat lain dari syarikat penerbangan sama.

 

Menurut seorang pegawai, keadaan yang berlaku mengakibatkan pesawat tersebut boleh bertembung dengan pesawat Boeing 777 yang ketika itu sedang menghampiri lapangan terbang.

 

Kata pegawai itu, jarak antara dua pesawat seharusnya 1,000 kaki (333 meter).

 

Pegawai kawalan trafik udara itu memberikan arahan lanjut selepas menyedari kesilapannya.

 

Bagaimanapun juruterbang bagi pesawat Boeing 737 mendakwa arahan itu tidak jelas dan merasakan terdapat kekeliruan yang dibuat pegawai berkenaan.

 

Juruterbang itu menyifatkan risiko dua pesawat bertembung adalah ‘sederhana tinggi’. – Mail Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.