Video : Barang Naik, Tapi Bayaran Haji Masih Kekal – Najib

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tempoh hampir lima dekad sejak penubuhan Lembaga Tabung Haji (TH) ia berjaya membantu masyarakat Melayu Islam dalam soal kebajikan dan sosio ekonomi mereka.

 

Beliau berkata, ini sekali gus meletakkan TH sebagai sebuah institusi yang boleh dibanggakan dan cuba ditiru negara-negara lain, namun gagal mencapai matlamat itu.

 

“Bayaran haji sebanyak RM9,980, sejak tahun 2009, tak pernah-pernah naik. Barang lain semua dah naik. Saya tak tahu yang mana lagi bayaran yang tak naik. Bayaran hospital barangkali tidak naik.

 

“Tetapi dalam keadaan tiap-tiap tahun, menteri pengerusi tabung haji jumpa saya dia kata, tahun ini kita tidak akan naik lah. Sebab kita nak jaga kebajikan jemaah haji. Jumlah subsidi (bayaran haji) pada tahun ini sebanyak RM160 juta bagi setiap yang naik haji itu jemaah haji hampir RM8,000 yang mana hampir sama dengan jumlah bayaran haji. Mana ada bayaran seperti ini dalam dunia,”katanya semasa melancarkan Yayasan Tabung Haji, Kelana Jaya di sini hari ini.

 

 

 

Dalam pada itu, mengenai yayasan TH, perdana menteri berkata penubuhannya diharapkan dapat membantu lebih ramai golongan yang memerlukan dan mendapat lebih banyak dana untuk memenuhi objektif tersebut.

 

Terdahulu,Yayasan TH ditubuhkan bagi menyelaras semua inisiatif tanggungjawab sosial korporat yang telah dilaksanakan sebelum ini termasuk dalam bidang pendidikan dan menyalurkan bantuan ketika bencana dan musibah.

 

Ia akan ditadbir secara berasingan oleh lembaga pemegang amanahnya sendiri dengan fasa pertama TH memperuntukkan dana sebanyak RM5 juta untuk menjalankan aktiviti-aktivitinya. -SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.