Alat Mainan Menyerupai Bom Tangan

KUALA LUMPUR – Satu objek menyerupai bom tangan ditemui di tepi mesin deposit tunai (CDM) sebuah bank di Taman Midah, Cheras, di sini, awal pagi tadi.

 

Objek itu ditemui anggota Polis Bantuan bank berkenaan ketika melakukan pemeriksaan di luar premis terbabit, pada jam 5.01 pagi sebelum melaporkannya kepada polis.

 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata anggota Unit Pemusnah Bom (UPB) yang melakukan pemeriksaan pada objek itu mendapati ia hanyalah alat mainan menyerupai bom tangan sebenar.

 

“Saya ingin mengesahkan penemuan bom itu adalah tidak benar. Siasatan sepenuhnya dilakukan di lokasi kejadian, termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

 

“Alat mainan itu dihantar ke Unit Forensik untuk siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

 

Amar Singh berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba mengganggu-gugat keselamatan negara.-Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.