Video: Penyokong MU Kena ‘Boo’, Menari Di Depan Penyokong Liverpool

Kuala Lumpur – Perlawanan persahabatan antara kelab Liga Perdana Inggeris Liverpool dan Pilihan Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil semalam bertambah meriah dengan aksi berani seorang penyokong Manchester United (MU) pada perlawanan itu.

 

Dalam video yang dimuat naik itu, seorang lelaki yang mengenakan jersi pasukan MU dicemuh selepas tindakan beraninya menari di hadapan ribuan penyokong Liverpool.

 

 

Walaupun menerima teriakan ‘boo’, namun lelaki yang mengenakan fon kepala tidak mengendahkan tindakan orang ramai dan meneruskan tariannya.

 

Aksi tarian lelaki itu dihentikan oleh seorang lelaki yang memberikan mafla kepadanya.

 

Penyokong Liverpool itu mengarahkannya duduk sebelum memakaikan mafla di lehernya sekaligus menutup lambang MU.

 

Lelaki yang tidak dikenali identitinya itu menerima mafla dan menunjukkan ibu jari sebagai tanda baik selepas diarahkan duduk oleh penyokong Liverpool.

 

Tindakan penyokong Liverpool itu menerima tepukan orang ramai dan tumpuan kembali kepada permainan bola sepak.

 

Dalam video yang berdurasi 1.38 minit itu, pelbagai aksi tarian yang dilakukan lelaki itu termasuk turun dan naik tangga seolah-olah mengejek penyokong Liverpool.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.