Video: Colin Farrel Berang ‘Dicium’ Peminat Lelaki Ketika Bersiaran Langsung

PELAKON kacak dari Ireland, Colin Farrel menghadapi saat ‘mengerikan’ ketika tampil dalam rancangan temubual popular Jimmy Kimmel Live pada Khamis lalu.

 

Aktor popular yang berusia 39 tahun itu kelihatan marah dan terkejut selepas seorang peminat lelaki meluru naik ke atas pentas dan menciumnya di bahagian leher sebelum ditarik oleh pengawal keselamatan.

 

 

“Apakah lelaki tersebut masih ada lagi, selepas rancangan ini berakhir?

 

“… tindakan itu akan menyebabkan dia ‘dikebumikan” tambah pelakon tersebut secara sinis.

 

Walaupun situasi terbabit kelihatan seperti dirancang namun pelakon filem Total Recall itu nampak seperti sangat terganggu dengan insiden itu.

 

Colin kemudiannya mempersoalkan apa sebenarnya yang ingin dilakukan oleh lelaki terbabit, adakah dia mahu menciumnya atau hanya menghidu lehernya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.