Tindakan GHB Tarik Ahli PAS Makan Diri Sendiri – Dewan Ulama

Kuala Lumpur – Tindakan parti Gerakan Harapan Baru (GHB) yang giat berkempen menarik ahli PAS untuk menyertai parti serpihan akan memakan diri sendiri.

 

Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr. Mahfodz Mohamed sebaliknya berkata GHB sepatutnya mensasarkan ahli Umno untuk menyertai parti baru yang akan mereka tubuhkan sedikit masa lagi dan bukannya menarik ahli PAS.

 

“Sepatutnya mereka berkempen kepada ahli-ahli Umno supaya menyertai mereka.

 

“Apa yang mereka lakukan itu menghianati parti sendiri dan bercanggah dengan matlamat mereka untuk menumbangkan Umno Barisan Nasional (BN) dan akhirnya akan menghancurkan parti mereka dan memenangkan Umno BN,” katanya memetik laporan sebuah portal.

 

GHB kini mengadakan siri jelajah bagi menjelas rasional tindakan mereka mahu menubuh parti baru kelak dan mensasarkan ahli PAS untuk menyertai mereka.

 

Siri jelajah itu turut di sertai bekas pemimpin PAS yang gagal pertahan jawatan mereka untuk penggal yang seterusnya.

 

“Usaha GHB hendak menarik ahli-ahli PAS meyertai mereka adalah usaha yg tidak amanah dan tidak jujur kerana mereka masih ahli PAS.

 

“Jadi macam mana mereka boleh tergamak berkempen kepada ahli-ahli PAS supaya tinggalkan PAS dan masuk parti lain padahal objektif mereka hendak tumbangkan Umno Barisan Nasional,” katanya lagi.

 

Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Nik Mohd Zawawi Nik Salleh pula berkata sejak GHB diperkenalkan pengerusinya, mohamad Sabu, tiada lagi kritikan politik dibuat terhadap Umno.

 

“Kalau dia (GHB) betul-betul hendak mengalahkan Umno di Malaysia dan dia merasakan Umno BN ini adalah satu parti yang tidak baik, sepatutnya GHB perlu letak fokus yang jelas.

 

“Fokus dia ialah sepatutnya GHB bertembung dengan Umno bukan bertembung dengan PAS atau parti-parti pembangkang yang lain,” katanya.

 

“Saya tidak nampak dia (GHB) serang Umno sejak ia diumumkan,” ujarnya pula.

 

Justeru, Nik Zawawi berkata, padanya GHB bukan ikhlas mahu berpolitik dan berkhidmat untuk rakyat tetapi lebih kepada kecewa dan tidak puas hari selepas ditolak perwakilan untuk terus memegang jawatan dalam PAS.

 

“Jadi saya menampakkan bahawa kewujudan GHB ini adalah kerana kecewa, tidak puas hati dan macam-macam benda yang negatif, yang sepatutnya sifat umpama ini tidak berlaku kepada orang yang hendak memperjuangkan sesuatu kebenaran,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.