Tiga Sekeluarga Maut Nahas Di Teluk Intan

Teluk Intan – Tiga maut manakala tiga lagi cedera selepas kereta dinaiki enam beranak dirempuh sebuah treler di Kilometer 24 Jalan Teluk Intan-Chenderong Balai, di sini, malam tadi.

 

Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu, pasangan suami isteri, Mohd Nazeri Abdul Razak,45, dan Norzuwida Ahmad Tarmizi,41, serta ibu Norzuwida, Zalehah@Zaleha Ibrahim,71, yang menaiki kereta Proton Wira maut manakala tiga anak mereka, Muhammad Danial,1; Muhammad Aiman Haziq, 8; dan Nuramira Shafika,15, cedera ringan.

 

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata siasatan awal mendapati treler dipandu seorang lelaki berusia 31 tahun dari arah Chenderong Balai ke Teluk Intan terbabas lalu memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh kereta dinaiki keluarga berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.