Terima Kasih, Dollah Salleh

Kuala Lumpur – Itulah luahan pemain yang mewakili Malaysia XI apabila mencatat keputusan seri 1-1 menentang pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris Liverpool di Stadium Nasional Bukti Jalil semalam.

 

Selaku jurulatih, Dollah berdepan beberapa kesukaran terutamanya pasukan negeri dan kelab yang enggan melepaskan pemain mereka untuk turun menentang Liverpool.

 

Namun, berbekalkan pemain yang ada termasuk lima pemain import yang terdiri dari Patrik Ronaldinho (PKNS), Vincent Bikana (Terengganu), Zah Rahan (Felda United), Thiago Junior (Perak) dan Chad Souza (Perak), skuad Malaysia XI berjaya mencatat keputusan seri.

 

Walaupun seri, ianya satu keputusan yang harus dibanggakan.

 

Pertahanan Perak, Thiago mengucapkan terima kasih kepada Dollah kerana memberi kepercayaan sekali lagi selepas dipilih menentang Tottenham sebelum ini.

 

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan yang telah memberikan kerjasama baik sepanjang perlawanan.

 

Keputusan Dollah untuk membawa masuk beberapa pemain import bukanlah perkara baru kerana telah pun dilaksana negara lain.

 

Ia dilihat sebagai langkah untuk meningkatkan prestasi skuad negara seperti yang telah dilakukan Singapura serta Jepun sebelum ini.

 

Timor Leste merupakan pasukan terbaru yang mengadaptasikan langkah ini.

 

Faktor ini turut menjadi topik perbualan di laman sosial Facebook Astro Arena. – Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.