Telefon Pintar Dengan Pengimbas Anak Mata

JEPUN bakal melancarkan telefon pintar pertama dilengkapi teknologi keselamatan pengimbas anak mata yang menawarkan pengalaman baru untuk pengguna online, membolehkan pemilik membuka kunci telefon dan membuat bayaran cuma dengan pandangan.

 

Telefon pintar Arrows NX F-04G yang dihasilkan Fujitsu dijangka berada di pasaran lewat Mei dan menjadi gajet pertama menawarkan kepada pengguna ciri corak imbasan anak pertama binaan dalaman.

 

Telefon pintar itu mempunyai skrin berukuran 13 sentimeter dengan resolusi 2K QHD.

 

Untuk mendapatkan tenaga penggunaan maksimum, Fujitsu menyematkan prosesor 64-bit Snapdragon 810 yang dipadukan dengan RAM berkapasiti 3GB.

 

Ia dilengkapi memori dalaman dengan kapasiti 32GB serta disokong dengan bateri berkekuatan 3120 mAh.

 

Fujitsu turut menyediakan optik terbaik dengan kamera belakang bersensor 21.5 MP dan kamera depan bersensor 2.4 MP.

 

Telefon pintar ini juga dilengkapi fungsi anti-air, Wi-Fi dual band dan NFC.

 

Sayangnya masih belum jelas apakah Fujitsu akan memasarkan telefon ini untuk pasaran global kerana ada laporan menyatakan ia hanya akan diedar secara eksklusif oleh pembekal telefon tempatan, NTT DoCoMo.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.