Remaja Lari Dari Rumah Ditemui Sertai Pesta Liar

Kuala Lumpur – Seorang remaja yang lari dari rumah antara 35 orang yang menyertai pesta liar di sebuah rumah di Jalan Ampang, di sini hari ini.

 

Remaja yang sebelum ini dilaporkan hilang oleh abangnya sejak Khamis lalu dikesan selepas serbuan polis dibuat dalam operasi pagi tadi.

 

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata remaja bawah umur dan tidak bersekolah itu bagaimanapun dibebaskan kerana didapati negatif ujian saringan air kencing.

 

Menurutnya dalam serbuan berkenaan seramai 22 individu telah ditahan kerana positif ujian air kencing.

 

Jelasnya, pesta liar itu dianjurkan oleh seorang individu perempuan berusia 23 tahun dengan menyewa sebuah rumah dengan bayaran RM1,720 selama dua hari.

 

Tambanhya lagi, pesta itu dirancang dalam tempoh sebulan yang lalu sehingga mempunyai dana wang cukup untuk menganjurkan parti.

 

Beberapa botol minuman keras ditemui menerusi serbuan yang dilakukan oleh 10 anggota dan pegawai dari Balai Polis Jalan Tun Razak.

 

Bagaimanapun katanya, tiada sebarang rampasan dadah lain dijumpai.

 

Kesemua yang positif air kencing akan dituduh di bawah Seksen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – The Rakyat Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.