PM, TPM Hadir Rumah Terbuka Pak Lah

Putrajaya – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini hadir ke rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi di  Dewan Seri Endon, Puspanitapuri di sini.

 

Kehadiran Najib dan isteri disambut oleh Abdullah dan isteri, Tun Jeanne Abdullah.

 

Timbalan Perdana Menteri,  Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut hadir menyerikan majlis berkenaan bersama-sama lebih 5,000 tetamu.

 

Antara kenamaan yang hadir ialah bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam, bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Dr Rais Yatim, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dan Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin

 

Para tetamu majlis berkenaan dijamu dengan pelbagai juadah tradisional dan moden antaranya mee kari, sate, laksa kari, aiskrim, lemang, ketupat, rendang serta buah-buahan tempatan.

One thought on “PM, TPM Hadir Rumah Terbuka Pak Lah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.