PM Minta Pengguna Kemuka Cadangan Penambahbaikan ETS, KL – Padang Besar

Kuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengalu-alukan sebarang cadangan daripada orang ramai bagi menambah baik Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Kuala Lumpur ke Padang Besar.

 

Perkara itu disuarakan Najib di laman Facebook dan Twitter beliau hari ini dengan menyifatkan cadangan yang dikemukakan itu adalah untuk kebaikan bersama.

 

“Sudah beberapa minggu perkhidmatan ETS ke Padang Besar bermula. Saya dimaklumkan ramai juga yang menggunakannya untuk pulang beraya ke kampung.

 

“Saya harap perkhidmatan ini berjaya membuatkan perjalanan pulang lebih selesa dan mudah. Sekiranya anda ada apa-apa cadangan penambahbaikan, sila kemukakan untuk kebaikan kita bersama,” katanya.

 

Perkhidmatan itu yang bermula 10 Julai lepas dijalankan dua kali sehari iaitu untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Padang Besar dan Padang Besar ke Kuala Lumpur. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.